Semua hadirin tersentuh dengan persembahan tersebut. Kyu Won mendapat perhatian sekumpulan wartawan. The Stupid dan Windflower telah dilamar oleh syarikat Broadway dalam pembikinan sebuah album. Malang sekali, Kyu Won terpaksa menarik diri kerana menurut perintah datuknya yang tidak mahu Kyu Won terlibat lagi dalam sebarang aktiviti muzikal.
Kyu Won telah dilarang keluar dari agar dia dapat berlatih untuk pertandingan Gayugeum. Hari pertandingan itu sama dengan hari dimana mereka dikehendaki menghadiri ujibakat untuk pembikinan album tersebut. Kyu Won kelihatan sedih kerana baginya muzikal adalah minatnya. Sewaktu menuju ke tandas, Shin menunggu Kyu Won di luar. Kyu Won serta-merta berubah fikiran dan keluar meninggalkan dewan pertandingan itu. Malang tidak berbau, Kyu Won jatuh tersungkur menghempap Shin menyebabkan tangan Shin mengalami kecederaan. Namun Shin hanya menyembunyikan kecederaannya itu.
Sewaktu menjalani ujibakat, Shin tidak dapat membuat persembahan dengan baik akibat kecederaannya itu. Kyu Won telah dihalau oleh datuknya kerana telah meninggalkan pertandingan tersebut. Ayah Kyu Won menumpangkan Kyu Won tinggal di rumah Shin buat sementara waktu. Keputusan ujibakat telah keluar. Hanya Kyu Won sahaja yang diterima untuk merakamkan album. Walaupun sedikit kecewa, Shin tetap gembira atas kejayaan Kyu Won. Kyu Won kini direstui datuknya untuk menyertai muzikal.
Seok Hyun dan Yoon Soo bercadang meraikan kejayaaan Kyu Won bersama Shin. Mereka bertiga menuju ke Catarsis dimana Shin dan bandnya membuat persembahan. Pada mulanya Shin meminta izin untuk tidak turut membuat persembahan pada malam itu disebabkan kecederaan tangannya. Akan tetapi setelah ternampak kehadiran Kyu Won, dia merubah fikiran. Sewaktu memetik gitarnya, Shin tidak dapat menahan kesakitan tangannya membuatkan Kyu Won terkejut melihat Shin terduduk di atas pentas.
OST Song - So Give Me A Smile (M Signal)
No comments:
Post a Comment