YOU'VE FALLEN FOR ME - Episode 12

SINOPSIS

Kyu Won akur dengan pujukan Shin meminta dia untuk tidak pergi ke kampus. Sementara itu, Seok Hyun berasa sangat kecewa dan menghabiskan masanya minum minuman keras.

Keesokan harinya, Kyu Won bertolak awal ke kampus untuk menemui Seok Hyun namun tidak ditemui. Sebaliknya dia terserempak dengan Yoon Su. Yoon Su memberitahu agar Kyu Won tidak perlu risau dan menasihatinya supaya tidak menarik diri dari persembahan kerana hanya akan mensia-siakan pengorbanan Seok Hyun. Kyu Won kemudian bertembung dengan Shin yang sebelum itu telah menunggunya di luar rumah.

Sewaktu ingin memasuki kelas, Tae Joon datang menyapa. Dia memberitahu Kyu Won bahawa dia tidak perlu menghadiri latihan lagi kerana dia sudah digugurkan. Walaupun alasannya tidak jelas, Kyu Won terpaksa akur. Dia cuma tersenyum untuk menunjukkan kepada Shin yang dia tidak ada apa-apa dan meminta Shin masuk menghadiri latihan. Sementara Shin di dalam kelas latihan, Kyu Won duduk seorang diri sambil menangis. Shin segera mencarinya sebaik tamat latihan namun tidak tahu keberadaan Kyu Won. Dia tahu Kyu Won sedang dalam kesedihan. Dia kemudian pergi ke bilik penyiaran dan mula menyanyikan sebuah lagu khas buat Kyu Won. Nyanyiannya berkumandang di seluruh kampus dan membuatkan Kyu Won berhenti menangis lalu tersenyum.

Semua peserta tidak menyukai cara Tae Joon mengendalikan latihan. Bahagian pengurusan telah dikejutkan dengan penarikan penaja dari persembahan tersebut kerana kecewa dengan pemberhentian Seok Hyun. Mahu tidak mahu mereka terpaksa memanggil semula Seok Hyun bekerja. Tae Joon tidak berpuas hati. Dia cuba berunding dengan ibu Hee Joo namun tidak dilayan. Tae Joon mengugut untuk membongkarkan perbuatan ibu Hee Joo ke atas Seok Hyun dan Kyu Won tetapi hanya diperlekehkan. Dia menjadi bengang dan kebetulan dia mendapat tahu Hee Joo ada masalah kesihatan yang menyebabkan dia tidak boleh menyanyi. Tae Joon kemudian memberitahu hal itu kepada ibunya. Ibu Hee Joo tidak dapat menerima hakikat yang anaknya tidak akan berada di atas pentas itu. Sedang semua peserta berlatih dengan gigih, ibu Hee Joo menemui chancellor dan meminta untuk membatalkan keseluruhan persembahan tersebut.


OST Song - Star (Kang Min Hyuk)
















































































































No comments:

Post a Comment