LIE TO ME - Episode 4

SINOPSIS

Sang Hee akhirnya muncul di hadapan Ki Joon setelah 3 tahun tidak pulang. Akan tetapi dia tidak bercadang untuk tinggal di rumah itu bersama makciknya. Dia hanya datang melawat mereka dan menghabiskan masa bersama Ki Joon.

Ayah Ah Jung mendapat tahu tentang perkahwinan palsu yang dicetuskan oleh anaknya itu setelah terserempak dengan Jae Bum. Mahu tidak mahu Ah Jung terpaksa mengaku dan berjanji akan menyelesaikannya sendiri.

Sang Hee meminta maaf daripada abangnya kerana telah menyebabkan dia dan Yoon Ju berpisah. Ki Joon mengimbas semula saat-saat dia memutuskan pertunangannya dengan Yoon Ju kerana tidak mahu kehilangan Sang Hee yang sangat mencintai Yoon Ju. Namun Sang Hee tidak dapat menerima hakikat apabila mengetahui wanita kesayangannya akan berkahwin dengan abangnya sendiri lalu Sang Hee melarikan diri ke luar negara. Yoon Ju yang patah hati dengan tindakan Ki Joon telah membawa diri ke Paris.

Walaubagaimanapun, segalanya kini kembali normal. Sang Hee dan Ki Joon kini kembali rapat semula. Mereka berdua pergi menziarahi kubur kedua orang tua mereka. Dalam perjalanan pulang, Sang Hee sengaja menyuruh Ki Joon turun untuk membeli sayur dan dia kemudian meninggalkan Ki Joon yang sepatutnya pergi ke lapangan terbang untuk menjemput pasangan dari China yang juga merupakan pelabur di dalam Hotel World. Sang Hee sengaja berbuat demikian kerana dia telah merancang untuk membantu Ah Jung. Sang Hee membawa Ah Jung ke lapangan terbang dan pergi menjemput pasangan dari China itu. Pada mulanya Ah Jung enggan menuruti namun Sang Hee mengugut untuk memberitahu So Ran tentang penipuannya itu.

Ah Jung bersetuju untuk mengikut Sang Hee menemui pasangan dari China itu. Pada masa yang sama, Yoon Ju telah kembali ke Korea dan berada di lapangan terbang yang sama dan berlalu di hadapan Sang hee tanpa menyedari akan kehadiran masing-masing. Berbual dalam bahasa cina, Sang Hee memperkenalkan Ah Jung sebagai isteri kepada Ki Joon di depan pasangan dari China tersebut tanpa difahami Ah Jung. Mereka berdua kemudian membawa pasangan itu pergi berseronok dan setelah itu Ah Jung membawa mereka menginap di Hotel World. Satu pertemuan telah diatur buat Ki Joon dan pasangan itu. Pasangan tersebut memuji isteri Ki Joon kerana pandai menghiburkan mereka. Mereka mahu Ki Joon membawa isterinya makan malam bersama.

Ki Joon terkejut apabila mendapat tahu isteri yang dimaksudkan mereka adalah Ah Jung. Dia kemudian bergegas menemui Ah Jung yang kebetulan sedang bersama So Ran. So Ran yang mendesak ingin diperkenalkan dengan Ki Joon terpandang Ki Joon muncul di situ. Ah Jung panik namun hanya seketika apabila terperanjat Ki Joon memanggilnya 'yaebo' (isteri). Ki Joon meminta izin untuk membawa Ah Jung ke satu tempat lalu meninggalkan So Ran yang kelihatan cemburu.

Ki Joon membawa Ah Jung ke sebuah tasik untuk berbincang dengannya. Tanpa membuang masa, Ki Joon meminta Ah Jung berkahwin dengannya dan membuatkan Ah Jung terkejut.


OST Song- Shameless Lie (Heo Ga Yoon)






































































































No comments:

Post a Comment